Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beberapa media Arab melaporkan Syeikh Al-Azhar menolak fitnah terhadap mazhab Syiah sambil menegaskan bahawa beliau sendiri akan solat berjemaah di belakang imam Syiah dalam kunjungannya ke Iraq nanti.
Mengulas mengenai beberapa saluran satelit yang mengkafirkan Syiah, beliau berkata, "Ini semua tidak dapat diterima, kita tidak menemuinya dalam kitab (Al-qur'an), tidak juga dalam sunnah dan tidak dalam Islam."
Tambah beliau lagi, "Kami solat di belakang Syiah, tidak ada al-Qur'an lain di sisi Syiah seperti yang dicanang oleh kabar angin melainkan perangkap berat yang ditinggalkan oleh orientalis."
Mengenai pandangan beliau tentang Syiah, Dr. Ahmad Tayyib berkata, "Tidak ada perselisihan di kalangan Sunni dan Syiah sehingga mengeluarkannya dari Islam, namun perselisihan ini hanyalah eksploitasi politik semata-mata."
Beliau turut memaklumkan perjalanannya ke Iraq untuk mengunjungi Najaf al-Asyraf. "Tanggung jawab utama al-azhar yang perlu dikerjakan ialah perpaduan umat Islam, demikian juga tauhid umat Islam yang berbagai pandangan ijtihad," tutur beliau.
Ketika menerima kunjungan deligasi Iraq baru-baru ini, beliau menegaskan, "Saya akan kunjungi kamu semua, dan saya adalah bapa kepada Ahlusunnah dan Syiah."